Khalifah Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..
Rasanya dh lama tak post entry dlm blog ni disebabkan bnyak perkara yg membatasi masa untuk luangkan menulis. Maklumlah bukan penulis sepenuh masa hehe..

Tapi kali ni terdetik nak buka blog dan masa pun terluang. Idea ada tapi tak sempurna dengan penulisan yang tak seberapa, tak pandai bermadah, ayat tak berbunga-bunga dan macam-macam lg lah. Hehe.. Macam nak tulis ayat cinta plak kn.

Ok lah nak start point dh. Pnjang-pnjang nt kan bosan pulak nak membaca. Tajuk kali ni ada kaitan dengan blog Artdakwah dan kita sebagai khalifah di muka bumi ni.

Diri ni bukanlah sempurna, trlalu baik, warak dan buka ahli ibadah yg berilmu tinggi. Penulisan ni hanya niat untuk melakukan dakwah kpd org lain. Bg mengajak org lain sama-sama lakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Dlm AlQuran pun menegaskan kita amal makruf nahi mungkar.

Tujuan utama blog ni juga untuk mengajak org lain melakukan dakwah. Melakukan kebaikan. Dlm AlQuran juga ada menyatakan Allah nak menjadikan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, kita sebagai manusia adalah seorang khalifah dan hendaklah kita menjalankan tanggungjawab itu.

Tetapi kita semua bukan ahli agama, bukan ulama yg tinggi ilmu dlm agama tapi itu tidak boleh dijadikan persoalan untuk diri kita. Walaupun diri kita dlm golongan kurang berilmu seharusnya bnyak melakukan kebaikan dengan hanya mengajak org lain kearah kebaikan.

Jika dunia ini lbih bnyak kebaikan dilakukan, maka kuranglah keburukan yg berlaku. Tetapi dunia hanya penuh tipu daya yg boleh menyesatkan kita. Banyak yg tertipu bahawa dunia adalah segalanya tapi lupa adanya akhirat. Dunia yg dipenuhi hawa nafsu. Dunia ini adalah ujian.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Syukur Alhamdulillah.. In shaa Allah digandakan nikmatNya.